Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keluhan guru mahu bersama keluarga perlu diberi perhatian

16 MEI: Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian terhadap keluh kesah guru yang memohon berpindah supaya dapat berdekatan dengan keluarga.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau memahami keluh kesah guru yang terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi bahkan produktiviti kerjaya mereka.

“Bagaimana produktiviti akan meningkat kalau kita terpisah emosi dan minda dari keluarga atau orang yang kita kasihi.

“Kepedulian terhadap keperluan guru perlu difahami dan saya yakin, Kementerian Pendidikan dan menterinya ikhlas terhadap perkara ini, ” katanya berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 2017 di Kompleks Sukan Educity, di Johor Bharu hari ini.

Ahmad Zahid berkata ada 22,000 guru ‘duka lara’ memohon pindah tugas mengajar dengan setakat ini 9,000 orang daripadanya sudah ‘dicantumkan’ semula dengan keluarga mereka setakat ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyokong kementerian yang meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempercepatkan kelulusan menaikkan gred jawatan sebahagian Pengarah Pendidikan Negeri daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ke JUSA B.

Bagaimanapun, katanya, keprihatinan sama juga perlu diberikan Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar serta Guru Penolong Kanan.

Katanya, beliau memahami tugas guru semakin bertambah dan menguruskan guru dan pelajar yang ramai.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2017 4:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: