22 MAC: Kelulusan asal kegunaan tanah di Taman Manggis ketika dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang diubah daripada hospital kepada kegunaan hotel serta suite perkhidmatan.
Naib Pengerusi Gerakan Tanjong H’ng Khoon Leng berkata, penukaran kegunaan tanah itu adalah luar biasa sekaligus membolehkan pemiliknya membina sebuah hotel di tapak seluas 1.1 ekar dipersimpangan Jalan Zainal Abidin dan Jalan Burma, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan Pulau Pinang menjelaskan sebab penukaran syarat kegunaan tanah itu yang akan dibangunkan untuk hotel dan suite perkhidmatan manakala 30 peratus lagi untuk kemudahan kesihatan.
“Ini jelas memberi kelebihan komersial kepada syarikat itu kerana tanah berkenaan ini bernilai lebih mahal,” kata H’ng kepada media selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di ibu pejabat polis Bandaraya George Town, Selasa.
Katanya, tindakan itu adalah memeranjatkam umpama umpama memenangi kereta Proton Saga kemudian diubahkan menjadi Mercedes-Benz.
“Adakah ini adil kepada rakyat Pulau Pinang?” beliau bertanya.
Katanya, urus niaga tanah itu merugikan rakyat Pulau Pinang, terutama mereka yang miskin bandar yang kini hilang peluang memiliki kediaman kos rendah di bandar raya.
Dalam laporan mereka, H’ng dan lain-lain mendakwa terdapat elemen penipuan dalam urus niaga Taman Manggis dan menggesa polis supaya menjalankan siasatan menyuluruh terhadap isu itu.
H’ng juga melampirkan surat dialamatkan kepada pemilik tanah dari Pejabat Tanah Daerah Timur Laut bertarikh Disember 7, 2011, yang menguatkuasakan penukaran penggunaan tanah.
Asalnya, Taman Manggis bertujuan digunakan untuk kediaman kos rendah dengan fasa pertama sepatutnya siap pada 2005.
Bagaimanapun, kerajaan negeri mendakwa tanah berlebihan, seluas 0.4 hektar terlalu kecil untuk unit kos rendah lalu menjualnya kepaa KLIDC.
KLIDC membeli tapak itu dengan harga RM232 kaki persegi atau RM11.5 juta ketika Barisan Nasional bersedia untuk membelinya dengan harga RM22.4 juta bagi membina rumah kos rendah untuk penduduk miskin bandar.