Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kem. Pendidikan nafi dakwaan pemansuhan PT3 tahun depan

18 DIS: Dakwaan mengatakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bakal dimansuhkan tahun depan adalah tidak benar.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dakwaan yang kononnya memetik kenyataan Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, dipercayai diubah suai oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Adalah dimaklumkan, dakwaan peperiksaan PT3 dimansuhkan adalah tidak benar sama sekali.

“Kenyataan yang memetik sumber Twitter Perdana Menteri, dipercayai dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa peperiksaan PT3 tetap akan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, Mahdzir Khalid at Kementerian Pendidikan, hari ini.

Dakwaan mengenai pemansuhan PT3 itu viral di laman sosial, kononnya Najib menerusi Twitter, mengumumkan keputusan muktamadnya untuk memansuhkan PT3 tahun depan, di samping mengucapkan tahniah pada mereka yang berpengalaman menjalani peperiksaan itu.

PT3 diperkenalkan pada 2014 sebagai sebahagian daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR), yang dilaksanakan sejak 1993.

Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan PT3 di seluruh negara pada Oktober lalu, namun tiada pengumuman keputusan peperiksaan secara berpusat dibuat Kementerian Pendidikan seperti tahun sebelumnya, susulan pelaksanaan PBS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2017 11:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: