Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kem. Sumber Manusia beri bantuan keluarga miskin berterusan

10 NOV: Kementerian Sumber Manusia akan membantu seramai 80 keluarga miskin yang disenaraikan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri melalui Program Bantuan Keluarga Miskin Kelantan.

Ketua Setiausahanya, Dr. Mohd. Ghazali Abas berkata, senarai berkenaan telah dinilai berdasarkan keadaan rumah serta keperluan mereka.

Beliau berkata, pihaknya turut memfokuskan bantuan kepada generasi kedua dengan menyediakan latihan kemahiran kepada mereka.

“Kita akan bekerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi membantu menyediakan latihan kemahiran kepada mereka.

“Malah bantuan yang kita berikan ini bukan dalam bentuk ‘one off’ tetapi secara berterusan bermula sekarang sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan,” katanya pada Program Bantuan Keluarga Miskin Negeri Kelantan hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Datuk CM Vignaesvaran Jeyandran dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja semenanjung Malaysia, Wan Zulkifli Wan Setapa.

Pada program berkenaan, Mohd. Ghazali sempat meluangkan masa melawat tiga buah rumah di Kampung Landar di sini dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 5:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: