Kategori Berita Antarabangsa

Kematian penduduk Gaza meningkat

31 DIS: Jumlah kematian penduduk Gaza terus meningkat dalam insiden bantahan di sempadan berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel baru-baru ini.

Mangsa terkini Jamal Muslih, 20 meninggal dunia semalam akibat cedera parah selepas ditembak tentera Israel.

Kematiannya ini menjadikan angka kematian penduduk Palestin kepada 13 sejak pengumuman Presiden Amerika Syarikat pada 6 Disember lalu.

Untuk rekod, sebelas penunjuk perasaan terkorban selepas pertempuran dengan tentera Israel dan dua lagi maut dalam serangan udara rejim ke atas Gaza awal bulan ini.

Lebih daripada 50 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran kelmarin, di sempadan Gaza-Israel sebagai sebahagian ‘hari kemarahan’ berhubung perisytiharan AS itu, yang didesak Hamas dan pergerakan pejuang Jihad Islam.

Di Tebing Barat, Kementerian Kesihatan Palestin dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 16 cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup, ketika demonstrasi manakala yang lain ditembak dengan peluru getah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 December 2017 1:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: