Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kemelut FGV: PAS mengalu-alukan tindakan kerajaan

19 JUN: PAS mengalu-alukan tindakan kerajaan melantik Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) menggantikan Tan Sri Isa Samad yang bersetuju melepaskan jawatan tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya berharap pelantikan Sulaiman dapat membina semula keyakinan khususnya kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka terhadap masa hadapan Felda.

Beliau berkata, krisis yang berlaku kini adalah malapetaka yang besar buat Felda dan kerajaan perlu bertindak segera untuk menyelesaikannya.

“PAS mengalu-alukan sebarang tindakan untuk menukar Mohd Isa kerana bagi kita selagi kita tidak selesaikan punca masalah, maka masalah itu akan tetap di situ.

“Isu besar adalah untuk menyelamatkan 360,000 ladang Felda yang telah dicagar oleh FGV.

“Apabila saham Felda digantung, ia menimbulkan gambaran sangat negatif berbanding ketika ia dilancarkan, saya masih ingat ia digambarkan sebagai saham kedua terbesar di dunia selepas Facebook,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi mengumumkan pelantikan Sulaiman sebagai pemangku Pengerusi FGV berkuat kuasa serta-merta.

Isa yang bersetuju melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV dilantik sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangku­tan Awam Darat (SPAD) juga berkuat kuasa serta-merta.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 6:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]