Kategori Berita Utama

Kemelut PPBM: Melucukan tuduh UMNO punca huru-hara

12 JUN: Tindakan PPBM yang terus mengaitkan pihak luar punca tercetusnya kemelut dalaman parti itu adalah sangat melucukan dan sangat dangkal.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan beberapa pemimpin PPBM cuba menutup kelemahan pihak mereka sendiri dengan berfikiran dangkal dan mendakwa ‘orang luar’ terutamanya UMNO yang memporak-perandakan dan menghuru-harakan parti tersebut.

“Bagi saya ini satu tindakan yang kelakar. Kenyataan ini sebenarnya menunjukkan ketidakmatangan pemimpin PPBM itu sendiri.

“Bagaimana seorang pemimpin yang pernah menjadi Menteri Besar boleh keluarkan kenyataan macam tu? Sangat dangkal. Masalah parti sendiri tapi tuduh orang lain yang cetuskan krisis dalam parti dia, memang melucukan dan meroyan,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Isnin.

Menurut Sohaimi, kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ini bukanlah kali pertama, dan sering kali menundingkan jarinya kepada UMNO setiap kali PPBM menghadapi krisis.

Katanya, tindakan ini telah menjadi ‘trade mark’ bekas Menteri Besar Kedah ini dalam usaha untuk memikat hati rakyat supaya mempercayai PPBM terus relevan dan boleh membela nasib rakyat.

“Bagaimana pula orang luar nak buat tak tentu pasal dalam parti mereka, ini tidak masuk akal.

“Setiap parti ada perlembagaannya dan prosedurnya. Jadi tuduhan Mukhriz itu tidak berasas dan cuba memancing rakyat untuk bersimpati dengan PPBM.

“Jadi kalau kemelut dalaman parti sendiri pun tidak boleh diatasi sehingga menyalahkan orang luar, bagaimana nak jaga nasib rakyat Malaysia nanti?,” katanya lagi.

PPBM kini diambang krisis berikutan ramai ahli mereka bertindak keluar daripada parti kerana dikatakan hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan parti itu.

Terbaru, Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai soalan diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga skandal Nika Ghee dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Hafiz yang juga Exco Biro Keselamatan Armada bersama lebih 30 ahli PPBM  mendesak agar pe­mimpin parti memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Bagaimanapun beberapa pemimpin PPBM terus menyelar kemelut dalaman parti itu dicetuskan oleh pihak luar terutamanya UMNO.

Ini termasuklah Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang secara tiba-tiba mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan sikap ‘nothing to hide’ tetapi PPBM sendiri nampaknya yang mengamalkan ‘everything to hide’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 June 2017 4:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: