Kategori Berita Utama

Kementerian bakal pertimbang hak mengundi banduan

2 APR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia mempertimbangkan hak mengundi bagi banduan berlandaskan undang-undang dan akta yang ada bagi memenuhi konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar  berkata, perkara itu akan diteliti dan dikaji terlebih dahulu bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada.

“Kita ambil kira dan kita kan teliti undang-undang dan kalau dibolehkan saya akan bincang dengan pihak kementerian dan penjara,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin di Dewan Rakyat pada Rabu.

jel penjaraShamsul meminta pihak kementerian menjelaskan berkenaan hak mengundi bagi penghuni penjara memandangkan ada sesetengah dari mereka sudah berdaftar sebagai pengundi sebelum dipenjarakan.

Berdasarka Akta Pilihanraya 1958, sesorang pemilih akan hilang kelayakan mengundi jika sedang menjalani hukuman penjara atau telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman.

Malah bagi bekas banduan yang sudah bebas selepas selasai menjalani hukuman juga hilang kelayakan untuk aktif dalam politik atau bertanding dalam pilihan raya, jika hukuman membabitkan penjara lebih dua tahun  atau denda lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Shamsul juga turut meminta Wan Junaidi menjelaskan mengenai tindakan kerajaan berkenaan penularan wabak tuberkulosis (TIBI) atau batuk kering yang dikatakan membabitkan hingga 88 peratus daripada kalangan penghuni penjara dan pegawai bertugas.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parimen Satubong menjelaskan pihanya sudah mengambil tindakan bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah terbabit dengan mengadakan satu mesyuarat melibatkan beberapa pihak.

“Oleh kerana kepekaan kementerian saya sendiri, saya telah minta ketua pengarah penjara mengaturkan satu mesyuarat dan menjemput wakil dari pihak kesihatan untuk berbincang dengan saya macam mana kita boleh mengatasi masalah ini khususnya dari segi perubatan, imunisasi kepada mereka yang dijangkiti dan pencegahan kepada mereka yang belum terkena.

“Kerana dia merentasi kementerian lain, jadi saya terpaksa juga berhubung dengan kementerian kesihatan, kementerian Sumber Manusia, dan lain-lain,” katanya.

Shahrizat dalam penjaraBeliau turut menjelaskan bahawa pihak Jabatan Penjara melayan semua penghuni secara profesional dan mematuhi piawaian antarabangsa dengan mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Malah ia telah diperakui serta disahkan oleh pihak agensi bebas profesional luar negara.

“Layanan yang profesional berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan secara adil dan saksama. Semua penghuni dilayan dengan adil berlandaskan SOP yang ada tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik dan lain-lain.

“Untuk rekod, The United Nation Working Group on Arbitary Detention semasa melawat beberapa institusi penjara pada tahun 2010 telah tidak menimbulkan sebarang keraguan terhadap layanan yang dilaksana ke atas penghuni.

“Begitu juga lawatan International Comitte of The Red Cross yang menunjukkan penjara di Malaysia telah melaksanakan layanan terhadap penghuni dengan baik,” kata Wan Junaidi.

Malah, Wan Junaidi menegaskan, program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia bukan sahaja telah dipilih untuk dijadikan modul kursus bagi pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Malaysia Technical Operation Program, tetapi ia turut digunakan beberapa negara tertentu bagi membina program pemulihan penjara di negara masing-masing.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2014 1:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: