Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kementerian berbeza, agenda sama

3 OGOS : Agenda memperkasa pendapatan luar bandar yang diangkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini akan diteruskan Menteri Pertanian dan Asas Tani yang baharu, Datuk Seri Ahmad Shabery Chek.

Komitmen itu ditegaskan beliau selepas menerima Nota Serah Tugas di Kementeriannya di Putrajaya, Isnin.

Shabery n IsmailKatanya, selaku menteri baharu beliau mahu meneruskan agenda yang telah dibawa menteri sebelum ini lantaran berjaya membawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke tahap lebih tinggi.

“Baik dari segi standard, dan agenda penting seperti Jihad memerangi Orang Tengah yang sangat efektif membantu orang kampung dan usahawan tani luar bandar,” kata Shabery.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap dapat membawa agenda yang sama ke kementerian baharunya.

“Bagi saya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, agenda yang sama tetap penting dan saya akan teruskan. Saya akan teruskan agenda itu di sana, ” katanya.

Pihaknya akan meneruskan  komitmen untuk memperkasakan pendapatan penduduk di luar bandar kerana sasaran yang perlu dibantu katanya, tetap sama walaupun kementerian yang berbeza.

“Saya akan tetap menghubungi ketua agensi yang sama bagi memastikan agenda memperkasa luar bandar berjaya,” katanya lgi.

Ini adalah pertukaran tugas kali kedua membabitkan kedua-dua menteri ini selepas yang pertama di Kementerian Belia dan Sukan pada 2008.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 7:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: