Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kementerian Luar pantau penahanan wartawan di Myanmar

30 OKT: Kementerian Luar sedang memantau perkembangan kes penahanan wartawan Malaysia, Mok Choy Lin pada Jumaat lalu kerana telah melakukan penggambaran video menggunakan dron di Bangunan Hluttaw di Naypyidaw tanpa kebenaran kerajaan Myanmar.

Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, kes itu sedang dipantau oleh Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

Jelas kenyataan itu, Choy Lin ditahan bersama seorang warganegara Singapura dan seorang warga tempatan negara itu yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Myanmar.

Kelmarin, media antarabangsa melaporkan polis Myanmar telah menahan dua wartawan stesen penyiaran Turki iaitu Turkish Radio and Television (TRT) dan penterjemah serta pemandu mereka kerana menerbangkan dron berhampiran pekarangan bangunan Parlimen.

Hon Meng dan Choy Lin disoal siasat di sebuah balai polis di Naypyidaw.

Kira-kira 25 anggota polis menyerbu kediaman penterjemah yang juga wartawan tempatan bernama Aung Nain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 October 2017 10:26 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: