Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tuduh kementerian sabotaj bekalan air untuk tutup kelemahan

11 MAC: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  (KeTTHA) menafikan sekeras-kerasnya bahawa punca masalah bekalan air di Selangor disebabkan tindakan sabotaj penutupan paip utama seperti dilaporkan oleh Edisi Kantoi.

Ketua Setiusaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Ir Zaini Ujang berkata, laporan yang sama telah disiarkan pada tahun 2013 dan 2014 dan kini diulang siar sekali lagi bagi menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

“Ia sebenarnya adalah satu percubaan untuk menyembunyikan ketidakcekapan Kerajaan Selangor dalam pengurusan air,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Zaini berkata, resab margin simpanan air di Selangor pada tahun 2017 adalah 0% dan faktor ini dikenalpasti antara penyumbang utama masalah bekalan air di Selangor.

Tegasnya, Jika berlaku kerosakan loji, paip pecah atau kenaikan permintaan mendadak seperti di musim perayaan, kemungkinan kawasan tertentu di Selangor mengalami gangguan bekalan air adalah tinggi.

Menurut beliau, jalan penyelesaian kepada perkara ini adalah termasuk menambah tambah bekalan air terawat menerusi pembinaan loji rawatan air baru, kurangkan kadar air hilang (non-revenue water).

Kadar air hilang  di Selangor mencecah  Selangor 32%  sedangkan sasaran nasional hanya  25%.

Selain itu, penggunaan perkapita perlu dikurangkan,  contoh Selangor 234 liter/kapita hari berbanding kadar nasional 209 liter/kapita hari.

Zaini berkata, jumlah gangguan bekalan air adalah petunjuk utama untuk mengukur tahap kecekapan perkhidmatan bekalan air.

Sebagai contoh, katanya Selangor mencatatkan jumlah gangguan tertinggi iaitu 259,537 gangguan pada 2016, berbanding Pulau Pinang 3,778, Melaka 2,267.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2018 10:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: