Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kementerian umum harga 14 barang kawalan

Sempena perayaan Deepavali kali ini , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan pada Rabu mengumumkan 14 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata di bawah skim tersebut, kementerian akan menggerakkan 1,845 penguatkuasa dan 1,071 pegawai pemantau.

hassan_malek Menurut ahli Parlimen Kuala Pilah itu skim tersebut akan berkuatkuasa selama sepuluh hari dari 28 Oktober hingga 6 November depan.

Antara barangan yang berada dalam senarai harga kawalan itu ialah;

– daging kambing tempatan bertulang (RM32/kg);

– daging kambing biri-biri import bertulang (RM15/kg);

– daging kambing biri-biri import tanpa tulang (tidak termasuk peha) (RM19/kg);

– daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM20/kg);

– ayam hidup dengan harga maksimum RM5.90 sekilogram;

– ayam standard (RM7/kg);

– ayam super (RM7.70/kg);

– telur ayam gred A (34 sen sebiji), B (33 sen) dan C (32 sen);

– tomato(RM3.50/kg);

– bawang merah (RM4/kg);

– ubi kentang import (China) (RM4/kg) serta

– kacang dhal (Australia) (RM2.50/kg).

Menurut menegaskan, kementeriannya akan mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana peniaga yang ingkar di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Peniaga yang didapati melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan kepada peniaga supaya meletakkan tanda harga mengikut piawaian yang ditetapkan iaitu tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan terlibat.

Kegagalan berbuat demikian, jelasnya mereka boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat.

Menteri itu juga menggesa pengguna membuat aduan mengenai kenaikan harga barang kawalan ini kepada kementerian melalui 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) ditalian 03-80008000 atau hotline 1 800 886 800 jika mereka dapati peniaga enggan mematuhi arahan kementerian.

Aduan juga boleh dibuat menerusi e-mel, e-aduan@kpdnkk.gov.my atau SMS ke 15888 dengan menaip ‘KPDNKK ADUAN ’, lapor/hadir sendiri ke mana-mana pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. -23/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2013 4:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: