Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kementerian Wanita anjur 14 sesi dialog TN50

31 MEI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menganjurkan 14 sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) termasuk satu kolaborasi dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut menterinya, Datuk Seri Rohani Karim, dialog ini akan memfokuskan lapan kumpulan sasar KPWKM iaitu Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, kanak-Kanak, warga emas, pertubuhan sukarelawan kebajikan, pengemis, mangsa bencana alam dan keluarga.

“Fokus akan diberikan secara khusus kepada empat kumpulan sasar meliputi OKU, wanita, kanak-kanak dan belia kerana mengambil kira kumpulan sasaran ini yang juga difokus oleh KBS.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa kementeriannya di Putrajaya, Rabu.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Menteri,  Datuk Azizah Dun dan Datin Padukan Chew Mei Fun.

Sementara itu, Rohani turut menjelaskan, dialog TN50 KPWKM-KBS yang dihoskan secara bersama dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menjadi acara kemuncak sesi berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 May 2017 9:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: