Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kempen Anwar seolah BN yang perintah Selangor

15 FEB: Bakal calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sama ada ketandusan isu atau sengaja mahu mengalih tumpuan rakyat Selangor daripada kemelut politik serta pelbagai masalah lain di negeri berkenaan.

Ini kerana hasil dalam siri ceramah kempen awal beliau di Kajang, apa yang dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu ialah asyik menuding jari mengutuk dan mennyalahkan kerajaan Pusat dalam semua perkara, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

razaliibrahim

Jangan lupa sebenarnya Pakatan Rakyat adalah kerajaan di Selangor manakala BN adalah pembangkang – Razali Ibrahim

Tindakan Anwar seolah-olah PKR dan sekutunya dalam kerajaan pakatan pembangkang di Selangor bukan pemerintah, kata Razali dalam sidang media selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina kawasan Parlimen Muar yang beliau wakili.

“Yang menjadi pembangkang (di Selangor) ialah Barisan Nasional (BN), yang dia berkelakuan seperti pembangkang itu pasal apa,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Bagi Razali, tindakan Anwar itu bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan melepaskan diri daripada tanggungjawab dalam menyelesaikan pelbagai isu berbangkit di Selangor.

“Kalaupun tidak mahu berbincang dengan kerajaan Pusat tidak mengapa, tetapi jangan jadikan kempen PRK Kajang sebagai gelanggang mengutuk kerajaan Pusat,” katanya.

Oleh itu Razali menyarankan penduduk Kajang serta rakyat Selangor menjadikan PRK DUN itu sebagai platform mendapatkan penjelasan daripada pembangkang mengenai janji-jani mereka semasa Pilihan RayaUmum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Mereka juga boleh bertanya mengenai pelbagai masalah semasa yang sedang dihadapi termasuk apakah langkah diambil kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR bagi menyelesaikan masalah denggi dan bekalan air.

Terdahulu dalam ucapannya, Razali berkata BN tidak pernah menghukum pengundi Cina yang tidak menyokong parti berkenaan dalam PRU-13.

Sebaliknya, kerajaan BN tetap memberi pelbagai bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan dilancar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Februari ini.

Razali turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM120,000 kepada 38 cawangan MCA di kawasan Parlimen Muar.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 February 2014 4:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: