Kategori Berita Utama

TPM: Kempen #UndiRosak punahkan sistem demokrasi

27 JAN: Kempan undi rosak yang dimainkan oleh pihak tertentu termasuk pembangkang bakal merosakkan sistem demokrasi negara.

Mengulas perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kempen yang trending di laman sosial juga bakal merosakkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Proses pengundian sama ada undi kerajaan sedia ada atau tidak. Itu hak masing-masing tetapi demokrasi mesti dilaksanakan.

“Namun ada pihak mahu memecah dan merosakkan kita terutamanya untuk PRU-14 akan datang dengan membuat kempen #UndiRosak dan mereka jadikan ia sebagai satu trending untuk rosakkan pilihan raya itu,” kata beliau lagi.

Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Fiesta Ponggal Bagan Datuk serta perasmian dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, Perak hari ini.

Sementara itu, beliau yang tidak berpuas hati dengan mutu binaan dewan terbuka sekolah berkenaan yang berjumlah RM600,000 mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat projek berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 2:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: