Kategori Berita UtamaUncategorized

Kemungkinan ada dalang bocorkan operasi ESSCOM: TPM

28 SEPT : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak mendedahkan maklumat kaedah operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

mole-ESSCOM-1Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut melahirkan kebimbangan berkemungkinan maklumat mengenai kekurangan asset yang bersesuaian untuk menjaga seluruh kawasan ESSCOM juga telah disampaikan kepada pihak musuh.

“Kita lihat pihak musuh sentiasa cari ruang, waktu dan kelemahan operasi ESSCOM walaupun saya tidak mahu menuduh tetapi saya amat khuatir mungkin ada maklumat yang diperolehi mereka (musuh) termasuk kaedah operasi diterima daripada pegawai atau kakitangan ESSCOM.

“Mereka tahu asset yang diperlukan ESSCOM dengan pelbagai agensi penguatkuasaan belum diperolehi sepenuhnya. Mereka juga ketahui kekuatan dan kelemahan kita,” kata Dr Ahmad Zahid.

zahidtpmBeliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan majli penutup Multaqa Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Semalam, sekumpulan lelaki bersenjata telah menculik seorang pemilik kapal pukat tunda warga tempatan dan merompak anak-anak kapalnya berhampiran perairan Pulau Gaya, Semporna sebelum melakukan satu lagi rompakan di sebuah kapal nelayan di perairan Tungku, Lahad Datu, Sabah.

Jarak kedua-dua lokasi kejadian adalah lima batu nautika dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot laju.

Bagaimanapun menurut Dr Ahmad Zahid, perkara itu adalah diluar kemampuan negara selaku sebuah negara yang diklasifikasikan sebagai sebuah negara kecil yang mempunyai ruang pantai yang luas.

Namun katanya,ia bukannya satu perkara yang mustahil berikutan apa yang telah dan sedang dilakukan pihak berkuasa tempatan dan agensi di dalam ESSCOM adalah cukup baik.

“Sebuah negara yang besar dan mempunyai kecanggihan juga dibolosi musuh yang datang dari negara jiran, apatah lagi dalam sebuah negara yang menerima 1.5 juta pendatang walaupun negara itu pengeluar sebuah kuasa ketenteraan.

“Kita negara kecil dan pantai yang luas, kita tahu operasi seperti ini memerlukan teknologi terkini namun kekangan ekonomi yang dihadapi belum memungkinkan kit

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 September 2016 8:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: