Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kenapa akaun peribadi jika mahu menipu : Haron Din

5 JULAI : “Sukar untuk dipercayai bahawa seseorang telah memindahkan dana awam ke dalam akaun peribadi.

“Jika seseorang itu mahu menipu, mereka akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun rahsia.”

haron-dinKata-kata itu diucapkan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menambah bahawa adalah menjadi satu tindakan yang salah untuk mengaitkan seseorang tanpa bukti kukuh.

Perkara itu bagaimanapun katanya, tidak boleh dipandang ringan jika wujud beberapa bukti asas kepada dakwaan itu.

“Buat masa ini, kita harus menunggu pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan,” katanya di Putrajaya.

Beliau mengulas penerbitan artikel di dalam akhbar The Wall Street Journal (WJS) dan Sarawak Report yang mendakwa bahawa dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menurutnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berharap dakwaan mengenai dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib itu akan terbukti tidak benar demi kepentingan negara.

Ia kerana, jika terbukti benar, maka keadaan itu akan menjejaskan keyakinan pelabur malah melemahkan lagi ekonomi negara.

Beliau bagaimanapun berpendapat bahawa dakwaan artikel itu seperti dibuat-buat.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 5 July 2015 1:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]