Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kenapa Guan Eng jumpa suspek SPRM?

10 MAC: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa mengesahkan susulan gambar tular yang memaparkan beliau berjumpa dengan seorang ahli perniagaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To berkata Setiausaha Agung DAP itu perlu tampil untuk menjawab persoalaan itu.

“Kenapa beliau datang ke rumahnya, bila gambar itu diambil dan apa hubungan mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

See-To berkata berdasarkan penelitiannya, ahli perniagaan yang dipaparkan dalam gambar itu adalah individu yang pernah ditahan oleh SPRM atas dakwaan menerima RM19 juta.

“Jika Guan Eng percaya gambar ini dimanipulasi atau diubah suai, buat laporan polis bahawa ada orang cuba fitnah,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan enggan mengulas lanjut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 March 2018 6:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: