Kategori Berita Utama

Kenapa guna agama untuk halalkan tuduhan politik?

5 JAN: Sikap gelojoh pemimpin pembangkang Melayu menyerang peribadi pemimpin tertentu ungkapan kesat hanya akan melebarkan lagi perpecahan di kalangan kaum pribumi itu dan umat Islam.

Melihat situasi itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata ia semakin melampau sehingga melanggar batas susila dan rukun perpaduan.

“Ia amat membimbangkan dan dalam situasi politik yang sihat, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Mereka tergamak jadi petualang kerana kemaruk dan gilakan kuasa sehingga melanggar batas kesopanan,” katanya dalam laman blognya.

Pada masa sama, Syed Ali juga mempersoalkan masa depan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia yang sudah berpecah kepada berapa kelompok.

“Mengapa ini hanya terjadi di kalangan masyarakat Melayu? Situasi pergeseran pegangan agama kini juga amat berbahaya.

“Oleh sebab itu, jika ada kumpulan politik berteraskan Melayu ingin bersatu atau menjalinkan kerjasama, ia tidak sepatutnya dihalang.

“Mereka yang sengaja menghalang penyatuan boleh diibaratkan sebagai petualang kepada kepentingan masa depan bangsa mereka sendiri,” ujarnya.

Tambah Syed Ali (foto) beliau juga kesal kerana ada sesetengah pihak sanggup mempergunakan agama untuk menghalalkan tuduhan mereka kepada pihak yang lain.

“Ada yang kata pemimpin itu kafir, pemimpin itu tidak Islamik. Ini semua tuduhan melampau dan amat tercela sifatnya.

“Bukan sesuatu yang sukar untuk melemparkan tuduhan bersifat keji dan fitnah walapun masyarakat umum tidak semestinya terpedaya dengan dakwaan tersebut.

“Namun, sentimen kebencian telah mengatasi pemikiran sesetengah pemimpin politik untuk merebut kuasa,” ujar Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin berkenaan, kenyataan veteran UMNO itu dipercayai merujuk kepada pertelingkahan antara bekas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai kafir kerana bekerjasama dengan kerajaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 January 2018 11:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: