Kategori PRK DUN Kajang N25

Kenapa mahu Wan Azizah sedangkan Chew adalah jambatan ke Putrajaya

16 MAC: Jika Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkempen untuk ke Putrajaya tetapi  Datin Paduka  Chew Mei Fun adalah jambatan sebenar ke Putrajaya.

Dengan pengalaman dan hubungan baik Naib Presiden MCA itu dengan pimpinan kerajaan sekarang, rakyat Kajang yang mengundi calon Barisan Nasional (BN) sudah ada wakil rakyat yang boleh bantu selesaikan masalah mereka.

Menurut Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan, tiada pemimpin pusat mahupun negeri di belakang calon PKR itu berbanding Chew dengan segala sokongan Putrajaya.

tokmatkjg

Ahmad bertanya khabar kesihatan Siti Arfah yang menghidap stroke

“Tentu pengundi Kajang tahu dan ingat sama ada wakil rakyat PKR yang lalu dapat selesaikan masalah mereka atau tidak. Sepatutnya, dengan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, mereka akan tolong. Ini  beliau sendiri yang akui masa letak jawatan bahawa tidak boleh beri khidmat di sini,” ujarnya.

Beliau berkata, banyak lagi kelebihan Chew yang pernah menjadi ahli parlimen selama dua penggal dan timbalan menteri berbanding Wan Azizah.

Ahmad yang paling kerap turun ke Kajang selepas kerusi DUN dikosongkan Lee Chin Cheh melihat perkembangan positif terutama daripadaqmasyarakat Cina dengan pemilihan Chew sebagai calon BN.

Beliau memberitahu bnbbc demikian selepas mengunjungi ahli keluarga seorang penumpang  pesawat MH370 yang masih hilang dan menziarahi seorang warga emas Siti Arfah Hassan yang mengidap stroke di Kajang, Ahad.

tokmatkjg1

Sempat melayan orang ramai yang menikmati sarapan di Kajang

Katanya, BN berjaya menembusi beberapa kawasan pengundi Cina pada PRK berbanding PRU lalu.

“Jika dulu hanya 18 peratus, kali ini kita percaya jumlah itu meningkat. Sekiranya BN dapat memperolehi 30 atau 40 peratus undi Cina dan kekalkan undi Melayu, BN berpeluang menang,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO itu menjelaskan, Kajang perlu lebih banyak pembangunan dan pembinaan MRT membuka ruang kepada kawasan itu bertukar kepada kosmopolitan.

Beliau cukup yakin dengan tiga kawasan perhentian pengangkutan awam itu akan mengubah Kajang bertukar bandar yang dilengkapi prasarana moden dan penduduknya akan menikmati keuntungan ekoran kenaikan nilai hartanah di kawasan itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2014 9:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: