Kategori Berita Utama

Kenapa Najib kata ‘dengar boleh, pakai jangan’

24 NOV: Penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu 40 ribu pengundi Bangla dan buat kenyataan ‘u- turn’ berhubung pelaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disimpul sebagai ‘dengar boleh, pakai  jangan’.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menggambarkan pemimpin pembangkang itu sebagai ‘pakar pusing’ .
“Dengar boleh…pakai jangan,” pesan Najib kepada rakyat mengenai tindakan pembangkang yang sentiasa mengentam kerajaan kemudiannya ‘u turn’ termasuk isu GST dan 40 ribu pengundi Bangla.

“Mereka kata setuju (GST), tetapi (kemudian kata) bukan masa pula. Dia (pembangkang) pakar pusing. Pasal 40 ribu bangla, dia pusing kata tak cakap macam itu tetapi surat khabar Keadilan kata (lapor)…kenapa nafi,” ujarnya.

dsnajib

NAJIB

Najib  turut menyelar pembangkang yang membangkitkan isu bil elektrik tinggi di Seri Perdana.

“Itu kediaman Perdana Menteri, bukan saya. Saya tumpang sahaja. Saya penghuni ke tiga. Banyak hari saya duduk di rumah sendiri,” katanya.

Sehubungan itu kata Najib, kerajaan tidak akan menangguhkan GST sebab ia membawa kebaikkan kepada rakyat dan jika ada kenaikkan harga barangan yang dikenakan cukai berkenaan, ia terlalu sedikit dan pada tahun berkenaan sahaja.

Ironinya, pembangkang yang tahu berjanji malah menentang pelaksanaan GST, kemudiannya ‘pusing’ menyokongnya kembali dengan syarat ia dilaksanakan setelah kerajaan menutup semua ketirisan.

Sebenarnya, jumlah mereka yang membayar cukai di negara ini tidaklah ramai malah yang mengkritik GST mungkin sebahagian daripada mereka.

penapm

Ahmad menunjukkan sesuatu kepada Najib sambil diperhatian Tengku Adnan dan Husni

Sebab itulah Perdana Menteri menegaskan, mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

“Kewajipan membayar cukai adalah satu patriotisma. Mengelak daripada membayar cukai, (tentu) sesuatu pengkhianatan kepada negara kita,” katanya.

Menurut Najib, definisi patriotisme dalam negara adalah apabila rakyatnya melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

“Bila bayar cukai kita tolong rakyat dan negara, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya,” katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara, Ahad.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan GST) mulai 1 April 2015 kerana ia bukan cukai baru tetapi menggantikan cukai jualan serta perkidmatan kebaikan rakyat dan masa depan negara.

Beliau mengakui pendapatan negara kurang kerana jumlah pembayar cukai adalah sedikit malah kerajaan rugi kerana mereka yang terbabit kegiatan ‘black economy’ juga tidak membayar cukai.

Menurut Najib dengan adanya cukai, negara mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk melaksanakan pembangunan negara dan rakyat.

“Kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti yang baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

“Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita akan menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini,” katanya.

Tegasnya, jika kewangan negara kukuh, kerajaan boleh melaksanakan pembangunan untuk kebaikan rakyat.

Najib berkata, negara tidak boleh bergantung kepada hasil petrolium kerana satu ketika, hasilnya akan pupus.

“Kita tadbir negara mestilah ada ‘sense of responsibility’, kita akui mungkin ada ketirisan tetapi kita mempunyai iltizam untuk memperbetulkan sebab itu kita bentangkan secara umum Laporan Audit, mana ada negara yang sempurna,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 November 2013 6:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: