Kategori Berita Utama

Kenapa pembangkang tidak sokong PCA? – Bung Mukhtar

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menghangatkan Dewan Rakyat dengan mendakwa pembangkang tidak sokong pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) kerana berkemungkinan mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan atau geng tertentu.

“Apabila mencegah jenayah pun salah, itu bermakna ada masalah dengan pihak sana (pembangkang).

“Saya cukup marah kenapa undang-undang sebegini lambat dibentangkan kerana ianya membabitkan keselamatan semua pihak…pelancong-pelancong juga takut untuk datang,” kata beliau semasa membahaskan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat, pada Selasa.

bungtvMenurut Timbalan Pengerusi BNBBC itu, pindaan seharusnya dilakukan lebih awal lagi kerana ianya melibatkan soal keselamatan rakyat.

Katanya, rakyat takut dengan jumlah kes jenayah terancang yang semakin meningkat.

Kenyataan beliau ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Makin Marcus Mojigoh yang mendakwa  antara sebab Pakatan Rakyat membantah pindaan itu kemungkinn  sumber pendapatan mereka akan terjejas sekiranya PCA diluluskan.

Sebagai rekod, ramai ahli-ahli parlimen pembangkang ada peguam.

Menyambung hujahnya, Bung Mokhtar berkata, peningkatan jenayah terancang ini menyebabkan beliau terpaksa membawa pistol kerana khuatir dengan keselamatan diri berikutan kes jenayah bunuh mutakhir ini.

Setuju dengan pendapat Putatan, beliau menegaskan jika tiada penjenayah, tiadalah pendapatan mereka ini.

“Kita perlu melindungi rakyat bukan melindungi ketua kongsi gelap.

“Saya tidak suka membawa pistol sebab berat…daripada mati kena tembak baik mati bertembak,” tegasnya.

Beliau juga menyelar pembangkang yang menyifatkan pindaan itu melanggar hak kebebasan manusia.

“Pembangkang kata (pindaan) melanggar hak kebebasan…apakah kebebasan yang membunuh itu yang disokong?

“Jika ada pembunuhan yang terancang, polis kena segera bertindak,” ujar beliau.

Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, pada Selasa bagi memasukkan beberapa pindaan antaranya pindaan memasukkan peruntukan penahanan tanpa bicara.

Menurut Bung Mokhtar, beliau yakin undang-undang ini tidak akan disalahguna kerana segala keputusan akan dibuat oleh lembaga lima orang anggota dan menteri Dalam Negeri tidak lagi mempunyai kuasa penuh.-1/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 October 2013 12:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: