Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kenapa PH terburu-buru namakan Mahathir?

3 JAN: Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali mempersoal tindakan terburu-buru Pakatan Harapan (PH) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku calon rasmi Perdana Menteri gabungan itu pada esok.

“Dr Mahathir kata pada 4 Januari akan diketahui calon PM Harapan.

“Kenapa dia terburu-buru nak umumkan namanya?

“Lagi awal umum lagi banyak bangkai boleh digali,” katanya di Twitternya.

Sebelum ini, laporan menyebut PH dijangka akan mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri yang rasmi pada konvensyen gabungan itu dalam bulan ini.

Bagaimanapun sebuah portal yang memetik sumber menyebut pemgumuman itu tidak akan berlaku sekirannya tiada kesepakatan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH, esok.

Terdahulu, tiga parti dalam PH iaitu DAP, PPBM dan PAN dilaporkan bersetuju untuk menamakan Dr Mahathir sebagai calon ketua negara sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun PKR dikatakan memberikan persetujuan bersyarat dan masih menunggu kata putus daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2018 4:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: