Kategori Analisa Isu Semasa

KENAPA RAFIZI BERSANGKA BURUK PADA WARTAWAN?

28 FEB: Majoriti ahli politik sukakan publisiti apatah lagi yang bercita-cita besar supaya mereka mudah dikenali.

Sebagai contoh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sanggup adakan sidang media hampir setiap minggu tonjolkan macam-macam isu dengan harapan berkesan menonjolkan dirinya antara pemimpin hebat pembangkang.

Beliau berjaya dan terkenal apabila pendedahan isu National Fedlot Corporatin (NFC) membabitkan syarikat milik suami Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil betul-betul meletup.

rr NOW

Rafizi…menghina wartawan

Dalam pada itu, mungkin ramai tidak sedar bahawa beliau mengendalikan NGO yang dikenali sebagai National Over Sight & Whistleblowers (NOW) sejak tahun 2012. 

Dengan tertubuhnya NGO tersebut, ramai pihak yang tertanya-tanya apakah perkembangan terkini NGO itu dan modus operandi mereka.

Bagi mendapatkan kepastian Rafizi mengenai operasi NOW, wartawan bnbbc berusaha mendapatkan penjelasan beliau selepas Rafizi selesai mengadakan sidang media mendedahkan sikap bakal calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Zaid Ibrahim.

tweetrafizi1Walaupun menjawab soalan dengan berhati-hati, Rafizi sempat mencelah melabelkan soalan itu bersumber dari maklumat yang disalurkan oleh ‘macai’ UMNO.

Rafizi ditanya mengenai laporan tahunan yang gagal disediakan sejak penubuhan NOW dari 2012 sehinggalah ke tahun ini.

Beliau berkata bahawa tidak ada keperluan untuk membuat laporan tahunan ekoran aktiviti dan keterlibatan mereka tidak membabit orang awam. 

“Memang tidak ada laporan tahunan, tetapi ini adalah NGO. Kita masih teruskan lagi aktiviti dalam NOW ini, NGO ialah apa yang kita buat dengan aktivis kita, ada sesetengah yang (orang) awam tahu dan ada setengah yang awam tidak tahu,”

“Segi aktiviti dan laporan, itu ada di laman web kita, tidak ada keperluan untuk NGO buat laporan terus kepada (rakyat), apatah lagi NGO macam kami.

Rafizi meneruskan jawapan, katanya semua yang menyertai NOW sukarela dan menyamakannya seperti menuntut Bersih menerbitkan laporan yang mana Bersih pun tidak ada buat laporan tahunan.

Beliau sebaliknya menegaskan bahawa NOW akhir-akhir ini banyak menumpukan aktiviti mereka dengan kerja-kerja belakang tabir namun, tidak dijelaskan secara terperinci apakah pekerjaan dimaksudkan itu.

“Tahun ini kita banyak tumpu kepada kerja-kerja belakang tabir, kita ada dua fungsi, satu yang orang datang dan bagi maklumat tetapi kita tak nak buat yang itu sahaja, tetapi kes yang ada itu kita tengok lah, macam sekarang kita tengok 1MDB.

“Tapi apa yang kita tumpu enam bulan kebelakangan ini ialah menambah baik undang-undang dan  penguatkuasaan, jadi kita luangkan banyak masa dengan NGO yang sama-sama dan juga dengan SPRM.

“Satu (lagi) kita dalam proses menggabungkan NGO anti-rasuah, dan yang kedua kita telah siap draf mengenai penambahbaikan undang-undang rasuah di Malaysia yang akan dibawa ke Parlimen.

“Jadi kita tumpu kepada itu, sebab kalau kita selalu sangat dedah orang pun,itu bukan satu-satunya cara untuk melawan rasuah,”  katanya lagi. 

Namun, hasrat bertanyakan sama ada  NOW ada kaitan dengan Turki kerana ada desas desus mengatakan bahawa kononnya operasi NOW dapat sumber daripada negara itu tidak kesampaian.

Maklumlah, semua tahu Rafizi juga kerap menjadikan Turki sebagai kiblat politiknya, dan banyak contoh yang dibawa adalah daripada Turki termasuk ‘Kajang Move’.

Bagaimanapun, menyedari Rafizi tidak berminat untuk meneruskan jawapan, isu NOW terhenti di situ.

tweetrafizi2Malangnya, keesokan pagi (Khamis), Rafizi menerusi laman Twitternya mendakwa soalan wartawan bnbbc cuba ‘twist’.

Beliau juga menasihati supaya berhati-hati bila ada sidang media dan jika soalan pelik-pelik itu blogger UMNO.

“Hati2 bila ada sidang media & ada yg dtg temuramah, klu soalan tu pelik2, itu blogger umno. Smlm ada perempuan dr@bnbbc13 cuba twist” tulis Rafizi.

Meneliti tulisan beliau, timbul persoalan kenapa Rafizi berprasangka demikian sedangkan soalan yang ditanya amat mudah iaitu mengenai NOW.

Adakah Rafizi atau NOW melakukan kesalahan dan khuatir soalan wartawan bnbbc untuk memerangkap beliau?

Kepada Rafizi, jika tidak ada sebarang salah, janganlah takut pada bayang-bayang sendiri.

Pakatan Rakyat kerap melaung-laungkan soal kebebasan media tetapi kebebasan media ala PR lebih dasyat apabila akhbar Utusan dan TV3 sebelum ini dilarang menghadiri sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Malah Rafizi menyambung di Twitternya lagi, “ Selepas ini saya akan minta wartawan perkenal diri. Klu dr blogger umno, saya xkan jawab”.

Syabas dan tahniah Rafizi.Tambah lagi senarai media atau blogger yang saudara dakwa dari UMNO  dilarang buat liputan di HQ PKR.

Atau apa guna panggil sidang media jika semata-mata mahu mendengar bebalan saudara sahaja yang bersangka buruk pada media sama seperti boss saudara, Datuk Seri Anwar Ibrahim – bnbbc.my 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2014 10:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: