Kategori Berita Utama

Kenapa saya setia pada Najib? – Annuar Musa

26 OKT: Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa beliau akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikap positif Perdana Menteri itu sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Menolak dakwaan setengah pihak bahawa kenyataan itu hanya ingin ‘mengambil hati’, Ketua Penerangan UMNO itu berkata segalanya dapat dilihat sewaktu zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Menceritakan perkara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan Dr Mahathir untuk menjadi Ketua Pemuda, sedangkan jawatan itu sepatutnya dipegang Najib yang lebih pengalaman.

Namun, Najib yang hanya memangku jawatan Naib Ketua terus bertindak positif, malah akur pada arahan Dr Mahathir yang memberi restu kepada Anwar sebagai Ketua Pemuda semasa pemilihan pada 1982.

“Datuk Seri Najib ni dia tak suka kacau orang, dalam sejarah politik dia tak pernah lawan orang, dia akan ikut sahaja apa yang orang tetapkan.

“Waktu kita ahli UMNO dulu, Anwar menentang UMNO, saya keluar sahaja dari universiti masuk UMNO, Anwar join ABIM, bila dia masuk UMNO, Dr Mahathir terus angkat dia jadi Ketua Pemuda.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Seri Annuar Musa berdialog bersama Mahasiswa dalam Program ‘Anda Tanya Kita Jawab’ anjuran UMNO Online di Parlimen.

“Tapi Datuk Seri Najib ikut walhal kalau Datuk Seri Najib berkeras, Anwar takkan jadi Ketua Pemuda, tapi dia bagi laluan,” katanya dalam program ‘Anda Tanya Kita Jawab’ di Parlimen, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai respon daripada soalan seorang mahasiswa yang meminta Annuar mengulas kesetiaan beliau kepada Najib meskipun banyak pihak menentang.

Tegas Annuar apa yang dilalui Najib itu adalah perkara biasa dan sama sahaja seperti yang dilalui Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Saya adalah orang yang pertahankan Tun Mahathir selama 23 tahun, apa sahaja dakwaan yang Dr Mahathir tak kena? Orang cakap ada patung hindu dalam rumah, guna duit kerajaan bela anak dan lain-lain.

“Sama juga dengan Najib. orang kata dia penyamun, ada cincin berapa juta, bunuh Altantuya, kita dekat atas ni semua merasa segala fitnah.

“Tapi Datuk Seri Najib tak tinggalkan parti, Tun Mahathir tinggalkan parti kerana agenda peribadi.

“Sebab itu saya wajar untuk menyokong Najib sampai hari ini,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 4:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: