Kategori Berita Utama

KENAPA SEMUA SERBA TAK KENA BAGI KIT SIANG DAN PEMBANGKANG???

20 MAC: Beberapa Ahli Parlimen pembangkang pada Selasa mempersoalkan tindakan kerajaan, khususnya Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, yang didakwa kononnya enggan berkongsi maklumat mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dengan semua anggota Parlimen tanpa mengira perbezaan parti.

Lim Siang MalamIa susulan satu taklimat tertutup yang diberikan oleh Hishamuddin dan kementerian berkenaan kepada BNBBC pada malam sebelumnya.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang umpamanya menyifatkan taklimat berkenaan sangat negatif, memecah belah dan penghinaan kepada Parlimen.

Bagaimanapun memang sudah menjadi lumrah pemimpin pembangkang tua atau muda untuk melemparkan tuduhan atau berhujah tanpa usul periksa.

Apa yang mereka tidak tahu ialah taklimat tertutup berhubung kehilangan dan pencarian pesawat Boeing 777-200ER MH370 yang hilang oleh Hishamuddin kepada anggota Parlimen kerajaan itu dianjurkan atas permintaan dan inisiatif Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Tan Sri Shahrir SamadPengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, BNBBC sudah menyatakan hasrat untuk mendengar taklimat daripada menteri berkenaan dan bersedia menanggung perbelanjaan majlis.

Jelas Shahrir lagi, tiada sebarang maklumat tambahan diberikan kepada anggota BNBBC selain daripada apa yang telah diberitahu kepada media, termasuk masyarakat antarabangsa.

“Tiada maklumat yang disembunyikan, apa yang diketahui umum itulah yang dimaklumkan kepada kami.

“Taklimat tersebut juga sebagai platform untuk anggota BNBBC berkongsi rasa empati dan simpati terhadap apa yang berlaku pada pesawat MH370,” kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Baharu.

Beliau menegaskan perkara seperti ini tidak perlu dipolitikkan kerana negara sedang berusaha keras menangani insiden itu.

Malangnya, itulah sifat sebenar pemimpin pembangkang termasuklah yang sudah senior seperti Lim Kit Siang.

Buktinya, hanya selang sehari selepas mengkritik dan menyuarakan rasa tidak puas hati kerana taklimat mengenai MH370 hanya diberi kepada ahli Parlimen penyokong  kerajaan, Kit Siang menolak pula kesediaan Hishammuddin untuk mengadakan sesi taklimat khas untuk Pakatan Rakyat.

Malah Kit Siang dengan bongkak berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membuang masa pihak yang terlibat dalam misi tersebut untuk memberikan taklimat tentang perkara yang sudah diketahui umum.

“Kenapa paksa mereka hadir ke majlis makan malam yang tidak membentangkan apa-apa perkara baru?” kata Kit Siang sewaktu ditemui wartawan di lobi Parlimen pada Rabu.

Pulak! Nyanyuk ke hilang ingatan veteran DAP itu tidak dapat dipastikan kerana pada Selasa beliau berkata “Alasan bahawa kita (ahli Parlimen pakatan pembangkang) tidak memohon taklimat sedemikian adalah alasan yang tempang.”

Sebaliknya, beliau pada Rabu berdalih pula dengan berkata adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk mana-mana pihak meminta diberikan taklimat pada waktu yang sangat kritikal ini.

“Di mana perbincangan hal ehwal kerajaan mahu diadakan jika tidak bukan di Parlimen?” katanya.

Mengulas hasrat Kit Siang untuk mewujudkan PSC itu, Shahrir berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

“Apabila kerja mencari dan menyelamat selesai (SAR) selesai, pasti ada masa untuk usul dan perbahasan.

“Isu sebesar ini tidak akan hilang begitu sahaja,” kata Shahrir tenang dan rasional.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2014 1:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: