Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kencing tikus, Air Terjun Gunung Pulai 1 ditutup

19 MEI: Air Terjun Gunung Pulai 1, Kulai ditutup selama dua minggu mulai hari ini hingga 1 Jun susulan kematian seorang lelaki akibat kencing tikus malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata penutupan bagi membolehkan penyiasatan lanjut dilakukan.

Gambar hiasan Air Terjun Gunung Pulai, Johor.

“Jabatan Kesihatan Negeri mengarahkan supaya air terjun berkenaan ditutup selama dua minggu mulai 5 petang ini. Sampel air terjun itu sudah diambil, namun keputusan sampel air itu belum diperoleh,” katanya menerusi kenyataan, Jumaat.

Sebelum itu, mangsa dari Pekan Nenas, Pontian disahkan meninggal dunia semalam selepas tiga hari berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Remaja berusia 18 tahun itu dikatakan mengunjungi Air Terjun Gunung Pulai pada bulan lepas dan pada awalnya mengalami sakit perut, selesema, demam selama tiga hari serta lemah anggota badan.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor kini dalam proses penyiasatan dan mengenal pasti pergerakan lelaki itu sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Ayub berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri  supaya mewartakan Gunung Pulai 1 sebagai Taman Negara Johor bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sekali gus menangani masalah persekitaran yang kotor.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan pengunjung air terjun atau pusat reakreasi lain sekitar bulan lepas dan bulan ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan atau hospital.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 8:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]