Kategori Berita Antarabangsa

Kenderaan di Singapura dibeku

25 OKT: Pihak berkuasa Singapura dilaporkan akan membekukan jumlah kenderaan bermula Februari depan atas alasan tidak cukup ruang dan pengangkutan awam sudah dinaik taraf.

Perkara tersebut yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Darat (LTA) menyasarkan menghadkan jumlah kenderaan diatas jalan raya.

Memetik laporan BBC, satu polisi sudah dijalankan iaitu menaikkan kos untuk memiliki kenderaan menerusi sistem bida Sijil Milikan (Certificate of Entitlement atau COE).

Hasilnya, harga kereta kategori sederhana dijangka mencapai empat kali ganda di Singapura berbanding di Amerika Syarikat (AS).

Singapura sebelum ini mempunyai had 0.25 peratus jumlah kenderaan yang dikuatkuasakan sejak 2015.

Had baharu itu hanya tertakluk kepada kenderaan peribadi termasuk motosikal.

Bas dan kenderaan pengangkut barang tidak termasuk dalam had berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 October 2017 10:37 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: