Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kenderaan dinaiki Ka Siong terlanggar motorsikal

15 FEB: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan keluarganya malam ini berdepan saat cemas apabila kereta mereka terlanggar sebuah motorsikal di KM247.4 Lebuhraya Utara Selatan arah ke Kuala Lumpur berhampiran Senawang.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MCA dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis makan malam bersama keluarga meraikan Tahun Baharu Cina di Melaka.

Bagaimanapun, kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Ka Siong tiba-tiba terlanggar sebuah motorsikal yang berada di tengah laluan lebuhraya itu dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam.

Menurut Ka Siong, keadaan jalan amat gelap dan pemandunya tidak nampak motosikal tersebut yang dipercayai terbabit kemalangan sebelum itu.

“Saya percaya motosikal itu belum sempat dialihkan. Sebuah kenderaan lain di belakang kereta saya turut melanggar motosikal tersebut,” katanya.

Ka Siong berkata, pemandunya kemudian menghubungi pihak PLUS dan melaporkan mengenai kejadian tersebut

Katanya, PLUS Ronda yang tiba di kawasan kemalangan menemui penunggang motorsikal di tepi parit berhampiran lebuhraya itu.

“Kereta saya dan kereta lain rosak tak apa, janji tiada maut. Saya dimaklumkan penunggang motorsikal itu sudah dirawat,” katanya kepada BNBBC.my.

Beliau turut memuatnaik catatan dan gambar kenderaannya yang rosak di bahagian depan dan tepi akibat kemalangan itu di twitternya.

Keadaan lebuhraya di negara ini memang dilaporkan sibuk kerana cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 February 2018 10:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: