Kategori Berita Antarabangsa

Kenyataan adik PM Singapura cemar legasi Kuan Yew

14 JUN: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berasa kecewa dengan tindakan adik-beradiknya memilih untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peribadi keluarga kepada umum.

“Saya amat sedih dengan dakwaan yang dibuat mereka. Ho Ching dan saya menafikan dakwaan ini, terutamanya dakwaan yang tidak masuk akal bahawa saya mempunyai cita-cita politik untuk anak saya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hsien Loong juga menyifatkan kenyataan adik-beradiknya sudah menyakiti legasi ayahnya, Lee Kuan Yew.

“Walaupun adik-beradik mungkin mempunyai perbezaan, saya percaya perbezaan itu sepatutnya disimpan dalam kalangan keluarga. Sejak ayah saya meninggal dunia pada Mac 2015, sebagai anak sulung, saya telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga, bagi menghormati ibu bapa kita,” katanya.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk terus berbuat baik dengan ibu bapa saya. Pada masa sama, saya akan terus berkhidmat kepada rakyat Singapura dengan jujur dan kemampuan terbaik saya. Khususnya, dalam menegakkan meritokrasi yang merupakan nilai asas masyarakat kita.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan umum enam muka surat oleh adik-beradiknya awal hari ini.

Dr Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang dalam kenyataan itu berkata mereka hilang kepercayaan terhadap abang mereka, Perdana Menteri Lee.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2017 5:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: