Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kenyataan Guan Eng tentang hutang merugikan negara

14 JUN: Kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai hutang negara sehingga RM1 trillion hanya akan merugikan negara.

Unit Komunikasi Strategik UMNO berkata implikasi besar tersebut akan menjejaskan pelabur, pasaran modal dan masyarakat pedagang.

“Kenyataan menteri kewangan berkenaan hutang kerajaan dinilaikan sebagai RM1 trilion adalah amat mengelirukan dan memberikan implikasi ke atas keyakinan pelabur, pasaran modal, kewangan dan laba dan masyarakat pedagang.

“Ini ditafsirkan pada jumlah pasaran modal dan trend menurun Bursa Malaysia dewasa ini,” katanya.

Semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pakatan Harapan mengelirukan orang ramai mengenai nisbah hutang berbanding KDNK dengan memetik laporan terbaru Moody Investor Service yang menyatakan nisbah hutang kekal 50.8 peratus, berbanding 80.3 peratus seperti yang didakwa.

Guan Eng kemudiannya membidas Najib, yang juga dengan menasihatkannya agar tidak “bersembunyi di sebalik definisi hutang” bagi menutup keadaan sebenar ekonomi negara.

Menteri itu menegaskan bahawa angka RM1 trilion adalah dari gabungan jumlah hutang dan liabiliti.

Ia juga berkata, firma penarafan antarabangsa Moody’s mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan hutang Malaysia kekal pada 50.8 peratus daripada KDNK.

Perangkaan itu, menurut UMNO, adalah konsisten dengan kedudukan kewangan dan hutang negara dan kemampu-bayaran balik sebagaimana pra-PRU14.

“Lim Guan Eng masih berdegil mengenai nilai hutang ini dan memberi tumpuan kepada hal lain daripada berkenaan KDNK, pengkukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan dan pengembangan ekonomi itu amat merugikan negara,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2018 11:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: