Kategori Berita Utama

Kepelbagaian agama, budaya, bangsa pemangkin satukan rakyat Malaysia

13 MEI : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kepelbagaian agama, budaya, bangsa dan latar belakang menjadi pemangkin kuat menyatukan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perpaduan dan keamanan juga dicapai apabila kerajaan mengutamakan aspek keselamatan, pertahanan, pendidikan serta politik yang diberi perhatian penuh.

Beliau berkata, walaupun negara pernah mengalami konflik antara kaum tapi ia menjadi pengajaran berguna.

“Kita tidak mahu pengalaman dulu berlaku lagi kerana jika tidak dibendung dari awal, akhirnya peperangan akan berlaku.

“Cuba kita lihat di Syria yang sering berlaku peperangan disebabkan perbezaan pendapat sehingga rakyat di negara itu terus merana akibat kemusnahan yang berlaku.

“Oleh itu, keazaman kita penting bagi membendung tragedi sama tidak berlaku sekali gus dapat memastikan Malaysia terus aman daripada anasir luar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian pembukaan program ‘Ekspresi Negaraku’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid juga berkata, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung kerana jika berlaku konflik di Malaysia, mungkin tiada negara lain akan menerimanya.

“Kita lihat bagaimana negara lain menghadapi konflik…yang mana jutaan pelarian dari negara itu mencari tempat perlindungan. “Tiada negara lain yang lebih baik berbanding Malaysia,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 May 2017 12:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: