Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kepimpinan UMNO kesal insiden tumbuk Kamalanathan

15 JAN: Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi yang menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan telah diberikan surat tunjuk sebab yang perlu beliau jawap sebelum tindakan diambil terhadapnya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO memandang serius tindakan Muhammad Rizuan.

tengkuadnan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung UMNO

“Kepimpinan tertinggi UMNO kesal dengan insiden tersebut dan menganggapnya sebagai tidak sewajarnya berlaku,” kata Tengku Adnan dalam satu kenyataan pada Rabu.

UMNO, Kata Tengku Adnan, menolak penggunaan kekerasan dalam penyelesaian apa-apa juga masalah sebagaimana yang dilakukan oleh Muhammad Rizuan terhadap Kamalanathan yang juga ahli Parlimen Hulu  Selangor.

“Dalam apa-apa hal pun UMNO tetap berpegang teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada sebarang pertelingkahan atau bentuk kekerasan yang tentunya hannya akan mengundang kepada keadaan yang lebih buruk,” tegas beliau.

Muhammad Aide Rizuan Suhaimi Setiausaha Agung Pemuda UMNO Hulu Selangor

Muhammad Aide Rizuan Suhaimi
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Hulu Selangor

Dalam kejadian kelmarin, Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor cedera ringan di leher selepas ditumbuk seorang pemuda di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program yang dianjurkan di kawasan berkenaan.

Seramai 20 saksi sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan dan kertas siasatan berhubung kes serangan itu dijangka akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kertas siasatan kes itu selesai selepas polis merekodkan keterangan 20 saksi setakat ini.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2014 6:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: