Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kepingan atap berterbangan, stesen LRT Kelana Jaya ditutup

3 MAC:  Stesen LRT Kelana Jaya ditutup buat sementara waktu atas faktor keselamatan berikutan hujan lebat beserta angin kencang yang melanda Petaling Jaya tengah hari tadi.

Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa keping atap bumbung stesen itu diterbangkan angin.

Menurut Prasarana Malaysia Berhad, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

“Berikutan hujan yang masih turun lebat, pihak operasi LRT Laluan Kelana Jaya bertindak menutup stesen LRT Kelana Jaya atas faktor keselamatan.

“Tren dari Gombak ke Putra Heights dan sebaliknya akan melalui stesen LRT Kelana Jaya tanpa berhenti mengambil penumpang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, penumpang dari Gombak atau Putra Heights yang ingin ke Stesen Kelana Jaya perlu turun di Stesen Taman Bahagia untuk menaiki bas perantara ke Stesen Kelana Jaya.

Syarikat itu turut meminta pengguna mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran media sosial di Facebook dan Twitter Rapid KL untuk mendapatkan status terkini perkhidmatan LRT.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 March 2018 6:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: