Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kepolisan komuniti perlu ditingkat

10 MAC: Program kepolisan komuniti yang membabitkan polis, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan rakyat akan dipertingkatkan bagi mengurangkan kadar jenayah terutama jenayah ringan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata ia perlu diberikan penekanan tinggi kerana proses membanteras jenayah membabitkan penyertaan orang awam.

Menurutnya lagi, walaupun kadar jenayah menurun kepada peratusan yang cukup baik, jenayah ringan masih mencatatkan peningkatan sehingga menimbulkan persepsi negatif rakyat.

“Oleh yang demikian usaha untuk pembanterasan jenayah ringan ke peringkat yang minimum hendaklah dilakukan.

“Maka MCPF sebagai jambatan utama di antara rakyat dan PDRM akan memainkan peranan lebih aktif bagi menentukan soal penurunan kadar jenayah dan mengurangkan perspektif negatif rakyat dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri  berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan MCPF di Maktab PDRM, Cheras hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 March 2018 1:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: