Kategori Berita Utama

Kepong tiada kemajuan sepanjang di bawah DAP

12 FEB: Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berharap semua pihak memberi peluang kepada BN untuk menerajui Kepong bagi meneruskan pembangunan di Parlimen tersebut.

Jelasnya ini kerana tiada kemajuan langsung yang dibuat oleh DAP selama parti itu mentadbir Kepong yang diibaratkan sebagai tempat jin bertendang.

Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan bantuan Tahun Baru Cina sempena Majlis Sumbangan Prihatin Tahun Baru Cina 2018 Parlimen Kepong

Kata Shahrizat lagi, bagaimanapun Kepong kini dibangunkan sebagai bandar metropolitan yang merupakan hasil sumbangan daripada UMNO-BN sendiri.

“Sekian lama parlimen Kepong di bawah DAP tidak ada pembangunan, ini adalah fakta. Kepong jadi bandar metropolis adalah kerana hasil perjuangan BN. Prasarana hebat, Perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.

“Jadi kita harap kali ini berilah peluang kepada BN menang dengan pengundi daripada Cina, berilah keyakinan di bawah Datuk Seri Najib,” katanya ketika menghadiri Majlis Sumbangan Prihatin Sempena Tahun Baru Cina 2018 di Parlimen Kepong, Isnin.

Ujarnya harapan beliau itu ditambah pula dengan krisis dalaman DAP yang berlaku antara puak Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, pastinya menyukarkan penduduk di parlimen itu untuk menikmati kemudahan memandangkan pemimpinnya lebih gemar berpolitik.

“Saya nampak oleh kerana DAP dikhabarkan mempunyai masalah bukan hanya di Kepong tapi keseluruhan. DAP menghadapi situasi menyulitkan. Berpecah-belah.

“Tanpa kepimpinan BN di Kepong, tempat itu akan kekal sebagai ‘bulldog’, sekarang orang boleh berniaga, tempat orang bekerja, menarik di Wilayah Persekutuan.

“Kita sebagai sebuah parti kena ada disiplin dalaman. Kita ada presiden parti, semua keputusan dibuat olehnya, ” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2018 7:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: