Kategori Berita Utama

Keputusan batalkan IMAMS sangat tepat

17 DIS: Keputusan mengumumkan pembatalan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) sebagai pemantau lesen khas umrah amat bertepatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, turut tidak bersetuju sistem itu dilaksanakan bagi urusan umrah.

“Saya tidak setuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah. Pengumuman ia dibatalkan adalah sangat tepat,” katanya dalam entri akaun rasmi Twitter miliknya.

Pembatalan IMAMS diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah.

Rashidi dilaporkan berkata, pembatalan dibuat berikutan maklum balas orang ramai dan pengendali pakej umrah berhubung sistem terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 December 2017 1:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: