Kategori Berita Utama

Keputusan komersial sebab pembatalan jualan saham Bandar Malaysia

11 MEI: Pembatalan perjanjian jualan saham Bandar Malaysia berdasarkan kepada ‘keputusan komersial’ selepas kegagalan pihak pembeli membuat pembayaran yang tertangguh lebih 10 kali, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan pembatalan itu dibuat oleh Lembaga Pengarah TRX City Sdn Bhd selepas pelanggaran terma kontrak yang dipersetujui berlaku.

“Terdapat penangguhan pembayaran beberapa kali, mungkin lebih 10 kali, oleh kerana Bandar Malaysia perlu dibangunkan ikut tempoh tertentu, kita lihat kepada perundangan dan keputusan kemudian dibuat.

“Keputusan pembatalan 100 peratus bergantung kepada keputusan komersial dan kehilangan peluang pembangunan dan perniagaan,” katanya, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa pembatalan perjanjian dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) membabitkan 60 peratus modal adalah atas arahan Perdana Menteri.

Dilaporkan konsortium itu gagal membayar RM7.42 bilion untuk pegangan saham 60 peratus walaupun diberikan penangguhan sejak Disember 2015.

Sementara itu mengulas permintaan seorang daripada isteri warga Turki, Ayse Gul Karaman agar suaminya, Turgay Karaman tidak akan dihantar pulang ke negara asal,  Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata negara yang sepatutnya adalah negara asal mereka iaitu Turki.

“Saya serahkan kepada pihak polis untuk mengambil langkah selanjutnya.

Kenapa kita mahu bebankan negara lain jika mereka perlu dihantar ke luar,” katanya.

Sebelum ini, tiga warga Turki ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mengancam keselamatan negara tidak akan dihantar ke negara lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 May 2017 1:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: