Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keputusan mengenai tol dijangka minggu depan

17 MEI: Keputusan mengenai bayaran tol dijangka dibuat awal minggu depan oleh Majlis Penasihat Kerajaan.

Tan Sri Zeti Aktar Aziz berkata, anggota Majlis itu akan bermesyuarat sekali lagi dengan agensi berkaitan dan pihak berkepentingan minggu depan berhubung penstrukturan semula tol.

Bagaimanapun bekas Gabenor Bank Negara itu  tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai isu berkenaan.

Beliau itemui media selepas mengadakan mesyuarat dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad yang merupakan pemegang saham PLUS, syarikat konsesi tol terbesar di negara ini.

“Saya tidak mempunyai semua angka dan perincian mengenainya. (Bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin yang akan buat pengumuman apabila satu keputusan dicapai.

“Tugas ini sangat rumit dan kami semua komited untuk mencapai penyelesaian yang dapat menjaga kepentingan rakyat, semua orang berharap suasana berubah menjadi lebih baik dan kami harap kami dapat realisasikannya,” katanya.

Pakatan Harapan (PH) yang berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 minggu lalu, antara lain berjanji untuk memansuhkan kutipan tol dalam manifesto pilihan rayanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 7:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: