Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keputusan pemilihan tiga sayap diumum secara berperingkat malam ini

Keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diumum secara berperingkat sebaik keputusan dari bahagian-bahagian tiba seawal pukul 7 malam, Sabtu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Azmi Khalid berkata pihaknya menjangka keputusan awal akan tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekitar waktu itu.

AZMI: Keputusan mungkin akan diumum mulai jam 7 malam oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali

AZMI: Keputusan mungkin akan diumum mulai jam 7 malam oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali

“Pengerusi Tan Sri Tajol Rosli akan mengumumkan dari semasa ke semasa yang dijangka berlarutan sehingga awal pagi (Ahad),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Ditanya mengenai perjalanan mesyuarat perwakilan dan pemilihan yang bermula sejak jam 8 pagi tai, beliau berkata sehingga kini semuanya berjalan dengan lancar.

“Masalah kecil yang dilaporkan juga berjaya diselesaikan dengan kadar segera,” katanya.

Azmi berkata bahagian-bahagian yang tidak mempunyai banyak anggota perwakilan mungkin menutup proses pemilihan seawal jam 1 tengah hari.

Manakala bahagian yang besar seperti di Sabah, dijangkakan agak lewat.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula serentak di 191 bahagian pagi tadi. – 12/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 October 2013 6:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: