Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keputusan Tuhan Harun mohon bebas diketahui Khamis

17 MAC : Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan Khamis ini bagi membuat keputusan berhubung permohonan membebaskan dengan jaminan ketua ajaran ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat,48, yang dituduh terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, November lalu.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan perkara itu selepas mendengar permohonan peguam tertuduh, Hermes Putra Media dalam prosiding pagi Isnin.

Polis percaya dua rakan telah ditangkap.

Harun mohon dibebaskan dengan ikat jamin

Hermes Putra memohon supaya Harun dibebaskan dengan jaminan bagi membolehkan tertuduh menerima rawatan susulan penyakit angin ahmar.

Harun, isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31, pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, dan Jefferi Safar,37, dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka dengan niat membunuh Ahmad Raffli.

Sumustapha Suradi, 39, Shamsinar Abdul Halim,37, dan seorang lagi yang masih bebas pula dituduh membunuh Ahmad Raffli di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota, dekat sini, 10 November lalu. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 1:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: