Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keputusan undian Baitulmuqaddis, keadilan untuk global

25 DIS: Keputusan undi majoriti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel adalah bukti mengenai komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa.

Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar berkata kota suci Islam itu diletakkan di bawah undang-undang pada 1947 apabila bumi Palestin yang bersejarah dipisahkan secara tidak adil.

“Sememangnya Amerika Syarikat yang menganggap dirinya sebagai ‘demokrasi terbesar di dunia’ memahaminya. Begitu juga Israel, yang harus dilihat sebagai satu-satunya demokrasi di Asia Barat’,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sesi tergempar Majlis Keselamatan pada Khamis menyaksikan 128 negara menyokong gesaan PBB supaya Amerika Syarikat menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Tambah Chandra, terdapat pihak yang berharap bahawa keputusan undian Majlis Keselamatan itu akan memaksa Washington DC menarik balik keputusannya berhubung Baitulmuqaddis.

Tetapi beliau mengingatkan bahawa berdasarkan rekod prestasi Trump berkenaan perkara lain, tidak mungkin Amerika Syarikat akan menarik balik keputusan berkenaan.

Sebelum ini, Trump sudah mengumumkan bahawa negaranya akan menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim dan juga menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bagaimanapun, Chandra berkata keputusan undian mengenai Baitulmuqaddis adalah kejayaan untuk keadilan global.

“Kejayaan menumpaskan hubungan jahat ini di perhimpunan agung PBB pada 21 Dis menguatkan fakta ini.

“Ia harus memberi semangat kepada kita untuk menguatkan perjuangan demi mewujudkan dunia yang adil,” kata beliau lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 December 2017 9:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: