Kategori Berita Utama

Keputusan undian muktamad – Speaker

22 NOV: Pembangkang dilihat masih enggan mengaku kalah apabila memohon Dewan Rakyat menyemak kembali keputusan undi belah bahagian yang berlangsung kelmarin.

Permohonan usul itu dibuat oleh Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul pada pagi tadi.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehinya, jumlah menyokong dan tidak menyokong adalah setara iaitu 52.

Proses undian itu berlaku selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin selesai menggulung Rang Undangn Undang perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa untuk kementeriannya pada Isnin.

Bagaimanapun usul ia ditolak Timbalan Speker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed yang menjelaskan bahawa keputusan adalah muktamad.

“Undian belah bahagi dijalankan mengikut peraturan mesyuarat, penghitung undian sudah serahkan secara rasmi dalam dewan kepada Setiausaha Dewan.

“Setiausaha Dewan  juga sudah memastikan bilangannya tepat dan diumumkan speaker pada masa itu,” katanya ringkas.

Dewan Rakyat kemudiannya menyambung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Pada Isnin, pembangkang membuat kejutan apabila menuntut undi belah bahagian.

Hasil daripada keputusan itu, 52 menyokong, 51 tidak bersetuju dan dua berkecuali.

Ini adalah protes belah bahagian pertama diusul pembangkang selepas lapan kementerian menggulung dan dan diluluskan tanpa sebarang rintangan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 12:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: