Kategori Berita Utama

Keputusan Wan Azizah terus dipertikai, dimana perjuangan Anwar?

10 JAN: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diminta menyatakan secara terbuka, pandangannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri pembangkang baru-baru ini.

Menurut Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu, Wan Azizah perlu menjelaskan apakah Mahathir lebih hebat berbanding suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah digelar ‘anugerah tuhan’ sebelum ini.

“Mohon Dr Wan Azizah untuk jawab, Mahathir anugerah tuhan atau apa? Sebab dulu kata Wan Azizah, Anwar Ibrahim anugerah tuhan dan hanya Anwar yang layak jadi Perdana Menteri.

“Kini sudah bertukar, Wan Azizah dikatakan setuju untuk Mahathir jadi Perdana Menteri..secara tidak langsung hilang prinsip bahawa hanya suaminya yang layak jadi Perdana Menteri,” kata Ramesh dalam satu kenyataan.

Tambah Ramesh, tindakan Wan Azizah itu jelas mengelirukan rakyat.

Ini kerana beliau bersama-sama Anwar bersungguh-sungguh pada tahun 1998 berjuang di jalanan untuk menjatuhkan Mahathir kerana memecat suaminya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Apa Dr Wan Azizah hendak jawab kepada pejuang reformasi yang setia sejak 1998 melaungkan nama Anwar, hadir ke perhimpunan haram sampai dikejar pihak berkuasa kemudian ditangkap, ada pula sebahagian ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih dikuatkuasakan pada masa itu.

“Sebab itu saya minta beliau jawab kerana, tindakan ini amat luar biasa untuk Dr Wan Azizah menerima Mahathir yang cukup dibenci oleh suaminya dulu, tapi kini sudah direstui secara terbuka untuk jadi Perdana Menteri bagi Pakatan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 January 2018 10:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: