Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerabat Terengganu tinggalkan PAS

3 OGOS : Tengku Seri Paduka Raja Ibrahim Ismail membuat keputusan  meninggalkan PAS yang disertai pada sebelum PRU 13,hari ini.

Bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu membuat pengumuman keluar PAS dalam sidang media di kediamannya, Isnin.

rajaibrahimpas

RAJA IBRAHIM

Beliau yang juga bekas pengerusi Semangat 46 Terengganu mendakwa pucuk pimpinan PAS tidak mempunyai hala tuju yang jitu dan keazaman untuk memperkuatkan parti selepas muktamar lalu.

Keputusan beliau dipercayai ada kaitan dengan tindakan PAS Terengganu  menamatkan hubungan dengan ahli Parlimen Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menerima tugas Pengerusi atau penyelaras Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri.

GHB ditubuhkan oleh pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan dalam Muktamar awal Jun lalu dan diketuai bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 9:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: