Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan akan bawa RUU 355 selepas diperhalusi

24 NOV : Kerajaan memberi jaminan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355), bagaimanapun semua perkara perlu diperhalusi ia termasuk mengambilkira pandangan pihak berkepentingan termasuk masyarakat bukan Islam.

akta355hadiJaminan tersebut dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, namun ia perlu mengikut proses yang telah ditetapkan dalam tatacara dan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam tatacara dan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, setelah segala urusan dewan selesai, Kerajaan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini.

“Sebagaimana lazim, sudah tentu kerajaan akan memperhalusi secara rapi cadangan pindaan ini dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuklah rakyat bukan Islam walaupun hakikatnya Akta 355 tidak melibatkan mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Jamil Khir dalam satu kenyataan.

Jamil juga menegaskan kerajaan sentiasa komited dalam usaha mengangkat martabat institusi Mahkamah Syariah, malah ia bukan kali pertama akta sedemikian dipinda.

“Seperti termaklum, sejak Akta ini digubal oleh kerajaan pada tahun 1965 dan dipinda pada 1984 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 1989, krajaan terus komited dan istiqomah dalam mengangkat martabat institusi mahkamah Syariah.

“Malah pelbagai usaha telah dilakukan secara konsisten dan bertahap dalam usaha memperkasa mahkamah Syariah secara holistik termasuklah memperkenalkan skim-skim perjawatan hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah, menyediakan program-program latihan berkala kepada hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah bagi meningkatkan profesionalisme mereka, meningkatkan dan menambah-baik kemudahan prasarana institusi mahkamah syariah dan pelbagai lagi inisiatif untuk menaik taraf pentadbiran dan perjalanan Institusi Mahkamah Syariah,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa hari terakhir sidang Dewan Rakyat tahun memohon pindaan RUU355 untuk hanya dibentang pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Share This:




Berita Bertarikh pada 24 November 2016 5:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]