Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan baikpulih berek dengan kos permulaan RM13j

26 JAN: Kerajaan telah mengambil langkah untuk membaik pulih berek Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kehidupan yang lebih selesa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ia adalah selaras dengan Dasar Perumahan Negara 2.0 dimana langkah baik pulih itu termasuk kelengkapan kemudahan yang sepatutnya di berek sudah uzur.

KUALA LUMPUR 26 JANUARI 2018-Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar melawat Markas Polis Briged Tengah PGA Cheras Selangor

“Keperluan asas kediaman anggota PDRM perlu ikut Dasar Perumahan Negara 2.0 iaitu menambah dua bilik kepada tiga bilik.

“Selain itu, kemudahan pusat ibadah seperti masjid dan surau selain kemudahan rekreasi juga perlu ditambah baik,” katanya.

Tambah Zahid lagi bagi tujuan itu sebanyak RM13 juta telah diperuntukan sebagai permulaan untuk menambah baik 15 blok berek anggota PDRM di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.

Mengulas lanjut, Zahid turut berkata yang beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri untuk menyediakan kediaman anggota polis di kawasan yang kos sewa rumahnya terlalu tinggi.

Terdahulu, beliau telah menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam siasatan kebakaran.

Turut hadir sama Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 January 2018 4:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: