Kategori Berita UtamaTragedi MH370

Taklimat kepada pembangkang insiden MH370 Selasa ini

27 MAC: Kerajaan bersedia mengadakan taklimat kepada ahli parlimen pembangkang berhubung tragedi MH370.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata satu pertemuan diatur pada malam Selasa depan antara pihak terbabit dengan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya taklimat kali ini akan lebih memperincikan dari segi teknikal bagaimana proses mengesan kapal terbang menerusi radar dan satelit.

“Setakat ini semua ahli parlimen pembangkang setuju untuk hadir kecuali ahli Parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang,”  katanya.

Australian Maritime Safety Authority PC3 Orion ke lokasi objek MH370Malah menurut Shahidan, ketua pengarah Agensi berkaitan Angkasa, Dr. Noordin Ahmad juga akan dijemput untuk memberi taklimat ini.

“Ini adalah platform terbaik untuk mana-mana ahli parlimen yang inginkan pencerahan serta menghuraikan segala syak wasangka mereka terhadap cara kerajaan mengenai tragedi itu,” tegasnya.

Menurut Shahidan, inilah masanya untuk pembangkang mendapat penjelasan . Itupun kalau mahu datang,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen selepas menggulung titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Khamis.

Sebelum ini, pembangkang bising kononnya kerajaan hanya memberi penenrangan insiden itu kepada ahli parlimen Barisan Nasional sedangkan majlis itu diminta oleh Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Shahidan berkata, pertemuan ini nanti membuktikan kerajaan terbuka kepada semua pihak dan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat berhubung tragedi MH370 seperti didakwa pembangkang.

Ahli parlimen Arau itu  juga menafikan menyebut cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) bagi menyiasat kehilangan MH370.

Sebaliknya beliau hanya menyebut untuk menubuhkan salah satu daripadanya dan ia akan dipertimbangkan selepas kotak hitam dijumpai.

“Ini kerana fokus kerajaan ketika ini adalah mencari kotak hitam pesawat yang merekodkan segala insiden berlaku dalam kokpit kapal terbang itu untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 6:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: