Kategori Berita Utama

Kerajaan garis 4 pendekatan mantapkan pengurusan bencana

3 JAN: Kerajaan menggariskan empat pendekatan untuk memperbaiki dan memperkemaskan pengurusan bencana negara, termasuk banjir, pada masa akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Empat pendekatan berkenaan ialah pertama menambah baik sistem amaran awal banjir; kedua memantapkan pengurusan di pusat pemindahan; ketiga memperkemaskan pengurusan stor simpanan stok bekalan makanan dan keperluan lain di pusat pemindahan; dan keempat meningkatkan kecekapan pengurusan aset logistik darat, udara dan air bagi tujuan memindahkan mangsa serta mengagih bekalan. 

Ruang untuk agensi kerajaan memperbaiki pengurusan bencana dikenalpasti berikutan pelaksanaan operasi ketika bencana banjir awal Disember lalu, kata Tan Sri Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Putrajaya, Jumaat.

Ruang untuk agensi kerajaan memperbaiki pengurusan bencana dikenalpasti berikutan pelaksanaan operasi ketika bencana banjir awal Disember lalu, kata Tan Sri Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Putrajaya, Jumaat.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengemas kini Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengendalian Bencana Banjir bagi menghadapi bencana banjir luar biasa,” kata Muhyiddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Putrajaya, Jumaat.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim dan Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Muhyiddin berkata perkara yang perlu diperbaiki dalam SOP pengurusan bencana banjir tersebut yang melibatkan fasa sebelum, semasa dan selepas banjir juga diputuskan dalam mesyuarat itu.

Turut diambil kira ialah langkah memastikan maklumat dan amaran dapat disebarkan kepada umum dengan lebih berkesan, selain penyediaan kemudahan tambahan seperti tempat memasak, bekalan air bersih, tandas, ruangan untuk golongan khas, tempat tidur dan tempat beribadah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diamanahkan memperhalusi pengurusan di pusat pemindahan, mengenal pasti pusat pemindahan yang boleh menampung lebih ramai mangsa dan melihat semula kemudahan di pusat pemindahan yang boleh memberikan keselesaan kepada kumpulan sasar berkeperluan.

“JKM juga diminta mengkaji jumlah pusat simpanan stok bekalan keperluan terutamanya bagi daerah berisiko banjir, meningkatkan stok bekalan keperluan di stor bekalan apabila dijangka berlakunya banjir luar biasa selain memperbaiki sistem penghantaran ke pusat pemindahan,” kata Muhyiddin.

MKN pula, kata Muhyiddn akan mengkaji, memperkemas serta menambah aset pengurusan bencana di semua agensi penyelamat seperti trak dan bot penyelamat untuk digunakab bagi memindahkan mangsa, pesakit serta membekalkan bekalan makanan dan keperluan lain ke pusat pemindahan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2014 8:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: