Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan guna peruntukan tambahan baikpulih elektrik hospital lama

22 NOV: Kerajaan akan menggunakan peruntukan tambahan untuk membuat penambahbaikan sistem elektrik di beberapa hospital lama sesuai dengan keadaan semasa.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, hospital tersebut akan dikenalpasti bagi menjaga kepentingan pesakit yang sedang dirawat di dalam hospital tersebut.

Ia berikutan kebakaran kecil yang dipercayai berpunca dari litar pintas di Hospital Sibu menyebabkan kira-kira 1,000 pesakit, kakitangan dan orang ramai yang berada di 18 wad di Hospital tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

“Sepatutnya ini tak boleh berlaku, ada berlaku di hospital lama juga kejadian seperti ini, audit telah dibuat dalam sistem elektrik tersebut, cuma saya tak mahu keluarkan kenyataan sebelum Jabatan bomba mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Bagi memastikan ia selamat, kita buat beberapa langkah untuk perbaiki sistem elektrik sesuai dengan keadaan semasa,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi Kementerian Kesihatan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, Rabu.

Sabtu lalu, asap telah dikesan keluar dari siling tandas Wad 23 hospital Sibu.

Ia dipercayai kebakaran kecil yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu dikesan oleh beberapa jururawat di wad tersebut pada kira-kira 8 pagi sebelum membunyikan penggera kebakaran dan memulakan proses pemindahan pesakit.

Pemangku Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Wan Kamarudin Wan Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada kira-kira jam 8.19 pagi dan menggerakkan dua jentera masing-masing dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Sibu ke hospital itu.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, semua pesakit telah selesai dipindahkan oleh pihak hospital ke tiga tempat perhimpunan selamat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 9:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: